[Notes] Daftar Haji Menggunakan KWSP

Dah daftar haji? Takda duit pendahuluan RM1300? Jangan risau, guna KWSP untuk daftar haji. Syarat hanya perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 dalam akaun 1 KWSP.

Kalau daftar harini (11/7/2018), tahun 2112 baru sampai giliran haji (tahun 2112 sebagai panduan sahaja untuk pendaftar baru harini, tahun sebenar akan lebih cepat)

Langkah mudah berikut:

  1. Jangan lupa bawa penyata KWSP terkini. Boleh download dan print dari portal KWSP atau pergi mesin KWSP.
  2. Pergi mana-mana cawangan Tabung Haji (TH), maklumkan mahu buka akaun TH (kalau tiada akaun lagi, hanya perlu RM10) dan mahu daftar haji guna KWSP.
  3. Kaunter staff akan bagi borang untuk diisi.
  4. Tunggu giliran dipanggil, staff akan buka akaun TH dulu. Dan seterusnya daftar Haji, staff akan minta penyata KWSP untuk rujukan.

 

Rujukan lanjut: TH

You Might Also Like

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.